ARTIKEL

Taman Perindustrian Samalaju tarik pelaburan RM52 billion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Taman Perindustrian Samalaju (SIP) berjaya menarik pelaburan antarabangsa bernilai RM52 bilion setakat ini, kata Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Menurutnya, nilai pelaburan yang memberangsangkan itu memberikan impak positif kepada industri hiliran serta keuntungan buat penggiat ekonomi tempatan.

Menurutnya, SIP juga menyediakan lebih 8,000 peluang pekerjaan dengan 83 peratus daripadanya diisi oleh anak jati tempatan negeri ini.

“Pada 2022 sahaja, SIP menjana RM532 juta gaji untuk pekerja yang akhirnya mengalir kembali ke dalam ekonomi tempatan, sekali gus membantu dalam meningkatkan pendapatan per kapita rakyat dan merangsang pertumbuhan ekonomi secara keseluruhannya.

Dalam tahun yang sama impak positif daripada perkembangan pesat ekonomi di SIP turut mencatatkan nilai eksport memberangsangkan sebanyak RM18.4 bilion tambah beliau lagi.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Loji Baharu LONGi Malaysia Sdn Bhd di SIP Jumaat.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU