ARTIKEL

Datuk Ding Kuong Hiing melakukan tinjauan di sekitar Taman Rekreasi Bintangor yang bakal dinaik taraf.

Taman Rekreasi Bintangor Diberi Nafas Baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Taman Rekreasi Bintangor bakal berwajah baharu dan muncul sebagai tarikan utama pengunjung susulan bermulanya projek menaik taraf kemudahan awam yang bernilai RM4 juta.

Projek berkenaan diluluskan di bawah inisiatif Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) bertujuan meningkatkan tahap keselesaan, keselamatan serta kesejahteraan penduduk setempat dan pengguna taman tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, pelaksanaan projek fasa pertama itu dijangka mengambil masa selama 10 bulan untuk disiapkan sepenuhnya.

Menurut beliau, pihak Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) akan memantau kemajuan kerja secara berkala bagi memastikan kontraktor menyiapkan projek tersebut mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Sehubungan itu, saya menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan kawasan taman rekreasi berkenaan buat sementara waktu demi faktor keselamatan.

“Sebaliknya, pengguna boleh memanfaatkan kemudahan awam yang terdapat di kompleks sukan berhampiran sepanjang tempoh pembinaan dijalankan,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa antara komponen utama projek termasuklah kerja pengubahsuaian tandas awam, rumah kelab serta laluan trek joging di kawasan taman.

Pada masa yang sama, beliau berkata kerja naik taraf turut melibatkan pembaikan jambatan kecil termasuk jambatan mini berwarna merah yang menjadi antara mercu tanda taman tersebut.

Selain itu, sebuah pentas berbentuk arena akan dibina bagi kegunaan aktiviti sukan dan senaman komuniti yang mana pentas berkenaan akan dilengkapi bumbung bagi memberi perlindungan serta keselesaan kepada pengguna.

“Kita juga memberi tumpuan terhadap taman permainan kanak-kanak bagi memastikan taman ini mesra keluarga dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU