ARTIKEL

Kadar caj kemasukan ke Taman Tumbina Bintulu bermula 26 Januari ini.

Taman Tumbina Bintulu perkenal caj masuk mulai 26 Januari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Bermula 26 Januari ini, Taman Tumbina Bintulu akan mula mengenakan caj tiket kemasukan kepada pengunjung

Menurut kenyataan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), pelaksanaan caj berkenaan bertujuan menampung kos penyelenggaraan, pengurusan serta penambahbaikan kemudahan taman, sekali gus memastikan persekitaran yang lebih selesa, selamat dan kondusif untuk pengunjung.

“Langkah ini merupakan usaha strategik BDA bagi memperkukuh tahap perkhidmatan, memantapkan aspek keselamatan dan kebersihan di Taman Tumbina Bintulu,” katanya dalam kenyataan.

Menurut kenyataan itu lagi, struktur kadar tiket yang dikuatkuasakan adalah berpatutan dan mengambil kira kebajikan semua golongan.

Bagi kategori dewasa berumur 13 hingga 59 tahun, warganegara dikenakan caj RM3, manakala bukan warganegara RM6.

Sementara itu, kanak-kanak berumur tiga hingga 12 tahun dikenakan caj RM1 bagi warganegara dan RM2 bagi bukan warganegara, manakala warga emas berumur 60 tahun ke atas pula dikenakan caj RM1 bagi warganegara dan RM2 bagi bukan warganegara.

Pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang sah serta kanak-kanak bawah tiga tahun dikecualikan daripada bayaran tanpa mengira status kewarganegaraan.

BDA turut mengalu-alukan sokongan dan kerjasama masyarakat setempat serta pelancong dalam menyokong pelaksanaan dasar baharu ini demi kelestarian pengurusan Taman Tumbina.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Pejabat Tumbina di talian 086-337709 atau 086-337710 atau melayari laman media sosial rasmi Taman Tumbina Bintulu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU