KUCHING: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi akan mewartakan 42 kawasan tadahan air di negeri ini, kata Menterinya Datuk Julaihi Narawi.
Beliau berkata, langkah ini diambil bagi menjamin kemampanan bekalan sumber air mentah untuk jangka masa panjang di Sarawak.
“Kementerian saya sedang mengambil langkah mewartakan 42 kawasan tadahan air sebagai tambahan kepada 28 kawasan tadahan air yang telah diwartakan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini.
Mengenai penubuhan Satu Entiti dan Autoriti Air Sarawak sebagai Badan Korporat, Julaihi menegaskan ia sedang diteliti dan dikaji oleh Jawatankuasa Pemandu dan Teknikal.
Tambahnya, kementeriannya bersama jawatankuasa terbabit telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS).
Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.




