ARTIKEL

Gambar Hiasan

Tambah baik mekanisme subsidi minyak masak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Jurang ketara antara harga minyak masak bersubsidi dengan harga pasaran terbuka, dikenal pasti antara faktor yang membuka ruang kepada ketirisan dan manipulasi dalam mekanisme pemberian subsidi berkenaan.

Penyelidik Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nur Atheefa Sufeena M Suaree berkata, minyak masak paket bersubsidi dijual pada harga RM2.50, berbanding sekitar RM7.00 hingga RM9.00 bagi minyak masak botol dengan saiz sama, di pasaran terbuka.

Beliau berkata perbezaan harga yang ketara itu menarik pihak tertentu mengambil kesempatan, termasuk untuk mendapatkan minyak masak bersubsidi bagi tujuan pasaran gelap.

“Cadangan kami bukan sesuatu yang baharu. Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2025 pun ada dengan jelas menyatakan mengenai jurang antara harga siling dengan harga pasaran terbuka.

“Jadi kita serahkan kepada kementerian dan agensi berkaitan untuk menentukan, sama ada nak buat ‘gradual price float’ ataupun apa-apa mekanisme yang mereka rasa boleh menangani sindiket-sindiket ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membentangkan Kajian Keberkesanan Institusi dan Mekanisme Pemberian Subsidi Barang-Barang Kawalan kepada Rakyat bagi Memperkukuh Tatakelola dan Integriti pada Persidangan Penyelidikan Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali Kelima Tahun 2026.

Nur Atheefa berkata jurang harga berkenaan bukan sahaja berpotensi mendorong pihak tempatan mengambil kesempatan, malah turut menarik pihak asing terutama di kawasan sempadan untuk mendapatkan minyak masak bersubsidi bagi tujuan pasaran gelap.

Beliau berkata mekanisme pemberian subsidi perlu diteliti, bagi memastikan manfaat yang diperuntukkan kerajaan benar-benar sampai kepada golongan sasaran, selain mengurangkan ruang berlakunya ketirisan.

“Subsidi pada asasnya merupakan perbelanjaan kerajaan bagi menampung perbezaan antara harga siling dengan harga pasaran, justeru kelemahan dalam kawalan boleh memberi kesan kepada perbelanjaan awam,” katanya.

Kajian itu turut mengenal pasti penyalahgunaan kuota isi rumah oleh peniaga mikro, kewujudan lesen tanpa operasi sebenar dan pembungkusan semula secara haram, sebagai antara isu integriti dan ketelusan dalam pengurusan subsidi minyak masak.-Bernama

BERITA LAIN

Teknologi dan skala perniagaan kunci kenaikan gaji pekerja

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan mampu memperkukuh produktiviti serta keupayaan syarikat untuk mengembalikan hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan gaji. Menteri Ekonomi,

BERITA TERBARU