Trending

Tambah lot parkir kereta

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SIBU: Masalah ketiadaan ruang letak kereta yang mencukupi di Hospital Sibu bakal diselesaikan apabila tambahan sebanyak 125 lot lagi akan dibina. Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew berkata, pembinaannya itu merupakan fasa kedua projek tempat kereta di Hospital Sibu.

Beliau berharap penambahan lot tempat letak kereta itu dapat membantu mengurangkan masalah tempat letak kereta.

“Saya telah menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai masalah ketiadaan ruang letak kereta yang mencukupi di Hospital Sibu,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Membina Lot Tempat Letak Kereta di Hospital Sibu di sini.

Ruang parkir terletak di belakang kantin Hospital Sibu yang menelan kos RM500,000 akan siap dalam masa 16 minggu.

Projek fasa pertamanya sebelum ini terdiri daripada 124 lot yang juga terletak bersebelahan dengan kantin Hospital Sibu telahpun siap pada tahun 2019.

Sementara itu, Pengarah Hospital Sibu Dr Nanthakumar Thirunavukkarasu merakamkan penghargaannya kepada Ling atas pelaksanaan projek tersebut.

“Sebanyak 682 tempat letak kereta sedia ada dengan 70 peratus daripadanya adalah untuk kegunaan awam dan baki 30 peratus adalah untuk kegunaan kakitangan hospital yang didapati juga tidak mencukupi,” katanya.

Disebabkan masalah kekurangan ruang letak kereta yang sangat teruk, orang awam terpaksa meletakkan kenderaan mereka di tempat yang bukan zon letak kereta yang ditetapkan di dalam dan di luar pintu masuk hospital.

Jelasnya, ada yang meninggalkan kereta mereka di Taman Permai dan menggunakan kenderaan e-hailing untuk ke hospital.

“Ada orang meletakkan kenderaan mereka secara haram.

Tetapi kita hanya mengenakan kompaun ke atas kenderaan yang menghalang aliran lalulintas, seperti contoh meletak kenderaan di tengah-tengah jalan,” tegasnya.

Dr Nanthakumar berkata, Hospital Sibu mempunyai seramai 2,000 kakitangan klinikal dan 200 kakitangan sokongan.

“Bilangan kakitangan pada syif pagi adalah kira-kira 1,100 orang. Daripada jumlah itu, kira-kira 600 daripada mereka memandu ke tempat kerja.

“Jumlah ruang tempat letak kereta sedia ada di Hospital Sibu ialah 682 lot. Jumlah purata bilangan kereta yang diletakkan di perkarangan Hospital Sibu pada waktu puncak ialah 1,070 buah.

“Untuk mengatasi kekurangan tempat letak kereta, kakitangan dan pengunjung terpaksa meletak kereta mereka di sepanjang laluan masuk dan keluar hospital,” katanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru