Trending

Tambahkan tong sampah besar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Penduduk di Kampung Bako Hulu, Tengah dan Hilir di sini memerlukan tong sampah tambahan untuk mengatasi masalah kekotoran di kawasan mereka.

Penduduk kampung di sini, Saeri Jol, 48, menjelaskan mereka memerlukan tambahan tong sampah besar.

“Persekitaran kampung kami agak kotor… oleh itu kami meminta tambahan tong sampah besar.

“Tong sampah yang ada sekarang ini, tidak mampu menampung jumlah sampah yang dibuang penduduk kampung setiap hari,” tegasnya.

“Kami berharap sangat agar permasalahan ini dapat diatasi dengan segera agar tidak berlaku pencemaran alam sekitar,” kata Saeri.

Sementara itu, seorang lagi penduduk di sini, Sami Jol, 74, berkata pembinaan tempat letak kenderaan di Kampung Bako Hulu telah banyak memberi kemudahan kepada mereka.

“Sebelum ini kami terpaksa meletakkan kenderaan di tempat yang agak jauh dari rumah kami,” katanya.

“Kami berharap pihak kerajaan dapat menambah lagi tempat letak

kenderaan bagi memudahkan orang kampung,” ujar Sami.

“Kawasan kami agak terdedah dengan risiko kecurian melibatkan kenderaan dan berharap pihak kerajaan dapat memberi perhatian,” jelasnya.

Manakala Sarkawi Salleh, 54, berkata masalah air yang sering terganggu meresahkan penduduk di sini.

“Sistem bekalan air kami sering terganggu terutama ketika waktu puncak. Oleh itu, kami berharap agar pihak kerajaan mengambil berat masalah ini,” jelasnya.

Manakala seorang lagi penduduki, Ahmad Sami, 52, bersyukur dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan sekarang ini.

“Dahulu kami terpaksa menaiki bot untuk ke pusat bandar Kuching, tetapi sekarang tidak lagi.

“Dengan adanya jambatan, segala urusan kami menjadi lebih mudah… tidak perlu lagi menunggu lama untuk ke bandar,” jelasnya.

Bagaimanapun, Ahmad meminta pihak kerajaan membaik pulih sistem perparitan yang kurang efisien, menyebabkan berlakunya banjir kilat.

“Saya berharap pihak kerajaan akan mengambil perhatian segera terhadap sistem perparitan yang menjadi masalah kepada penduduk kampung di sini,” jelasnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru