ASAJAYA: Pasukan Tambirat A muncul juara Liga Bola Sepak Remaja Bawah 16 Tahun Samarahan 2025 selepas menamatkan saingan dengan kutipan 10 mata hasil tiga kemenangan dan satu seri.
Kejohanan yang melibatkan lima pasukan itu berlangsung secara round robin di Padang Bola Sepak Kampung Sambir, hujung minggu lalu.
Tambirat A seri 1–1 menentang SYFA A pada aksi pembukaan, sebelum menewaskan Tambirat B (4–0), CB sEven (3–2) dan SYFA B (3–0) dalam tiga perlawanan berikutnya.
Pasukan CB sEven menduduki tempat naib juara, manakala Tambirat B di tangga ketiga.
Sementara itu, SYFA A dan SYFA B masing-masing menamatkan saingan di kedudukan keempat dan kelima.
Kejayaan Tambirat A membuktikan kekuatan bakat muda daerah Samarahan dalam sukan bola sepak peringkat akar umbi.


