ARTIKEL

Tampil dapatkan dos penggalak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dr Annuar Rapaee menggesa orang ramai yang layak supaya tampil menerima dos penggalak Covid-19.

Ketika mengadakan tinjauan Program Vaksinasi Dos Penggalak Bas Bergerak di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC) di sini, beliau yang juga Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi memberitahu dos penggalak ini sangat penting bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Dr Annuar berkata, berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh pakar terhadap keberkesanan dos tersebut, ia boleh mencecah 95 peratus bagi dos penggalak jenis Pfizer.

Beliau memberitahu, kesedaran semua individu pelbagai lapisan umur amat penting untuk mengalakkan lebih ramai masyarakat tampil menerima dos penggalak itu.

“Bagi mengalakkan lebih ramai lagi individu yang layak, saya mencadangkan agar pemberian dos penggalak diadakan pada sebelah malam hujung minggu ini di Taman Selera MUC dan Taman Harmoni.

“Ini bagi membolehkan orang ramai dapat hadir menerimanya memandangkan waktu itu ada banyak masa terluang,” jelas penyandang kerusi Dun Nangka itu.

Beliau menjemput orang ramai untuk mendapatkan dos penggalak di tempat yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Bahagian Sibu.

Pasukan bergerak KKM kini telah berada di Dewan MUC untuk memberikan dos penggalak kepada penduduk setempat.

Sementara itu, beberapa venue lain turut dikunjungi oleh pasukan tersebut dalam melaksanakan pemberian dos penggalak kepada orang ramai antaranya Kampung Bahagia Jaya, Teku, Taman Tasik Permai, Rantau Panjang, Kampung Sentosa, Kampung Banyok dan banyak lagi.

Kesemua tempat yang dikunjungi itu adalah proses vaksinasi dos penggalak Covid-19 secara datang sendiri tanpa sebarang janji temu.

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pasar Sentral Sibu juga turut dibuka semula bermula semalam bagi tujuan tersebut.

BERITA LAIN

Bekas wartawan penyiaran Sarawak meninggal dunia

KUCHING: Bekas wartawan penyiaran dari Sarawak, Datuk Affandi Tahir, meninggal dunia di kediamannya di sini semalam. Menurut laporan TVS hari ini, berita pemergiannya disahkan oleh anaknya, Faisal

BERITA TERBARU