KUCHING: Orang ramai yang pernah pergi ke beberapa lokasi kes positif Covid-19 di negeri ini diminta tampil ke hadapan dan melakukan ujian saringan, tegas Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.
Ujarnya, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam masa yang sama akan terus mengemas kini dari masa ke semasa lokasi-lokasi di seluruh Sarawak yang pernah dilawati oleh kes-kes berkenaan.
“Selain itu, para pengusaha premis dan syarikat berkenaan yang pernah dilawati kes positif turut diminta untuk memberitahu atau mengeluarkan notis kepada orang ramai tanpa menunggu arahan daripada JPBNS.
“Usaha ini adalah untuk kita bersama-sama mengekang penularan wabak tersebut dan dalam masa yang sama membantu aktiviti pengesanan secara aktif,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 di sini, hari ini.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my