ARTIKEL

SENYUM... Yii bersama-sama yang lain merakamkan kenangan ketika Majlis Perayaan Deepavali Bersama Parlimen Stampin di Tamil Methodist Church

Tampilkan sejarah komuniti India di Muzium Budaya Borneo – Yii

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sejarah hidup komuniti India di Sarawak perlu ditampilkan di Muzium Budaya Borneo bagi mendedahkan budaya masyarakat tersebut kepada orang ramai.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr. Kelvin Yii berkata, komuniti tersebut mempunyai kepelbagaian masing-masing yang memainkan peranan penting dalam membangunkan negeri ini.

“Maka, saya percaya bahawa pendedahan ini penting untuk dikongsikan untuk menonjolkan peranan yang telah dimainian oleh masyarakat India.

“Melihat kepada sumbangan komuniti ini, besar harapan kita untuk melihat agar budaya mereka dapat dipaparkan di muzium kebanggan yang terletak di bandar Kuching ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan sempena Majlis Perayaan Deepavali Bersama Parlimen Stampin di Tamil Methodist Church di sini, hari ini.

Tambahnya, walaupun komuniti India merupakan minoriti, tetapi setiap seorang memainkan peranan penting dalam mengukuhkan pembangunan negeri, pada masa sama mewarnai kepelbagaian serta keunikan yang terdapat di Malaysia.

Sementara, lebih 100 orang dalam kalangan komuniti India di sekitar kawasan Stampin menerima sumbangan Deepavali oleh Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) merangkap Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen diwakili Yii.

Hadir sama Pembantu Khas kepada Chong, Michael Kong Feng Nian.

BERITA LAIN

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan