ARTIKEL

Abang Johari bersama tetamu kehormat lain mengadakan sidang media selepas mengadakan lawatan ke Rumah Contoh Model Sapphire di Tapak Skim Pembesaran Kampung (SPK) Kampung Lemang Pek, Kampung Tengah dan Kampung Pantray, Daro, hari ini. Foto Nur Farihan Razali

Tanah Daro, Matu Sesuai Tanam Padi Varieti Perennial – Abang Johari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Daro dan Matu dikenal pasti mempunyai kesesuaian tanah untuk dibangunkan sebagai kawasan penanaman padi varieti perennial, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau, padi varieti perennial berkenaan merupakan hasil kerjasama penyelidikan dengan sebuah universiti di Wilayah Yunnan, China.

“Di sini kita akan menanam padi varieti perennial. Padi ini hanya perlu ditanam sekali dan ia akan sentiasa mengeluarkan hasil selama lima tahun. Tiada padi seperti ini kerana ia menggunakan teknologi baharu hasil kerjasama kita dengan sebuah universiti di Wilayah Yunnan, China.

“Caranya mudah, tanam sahaja padi ini dan apabila sudah matang, kita tuai dan biarkan selepas itu kerana ia akan tumbuh serta mengeluarkan hasil semula. Jadi, kita tidak perlu menanamnya semula seperti dahulu.

“Mengikut pakar saintis, tanah di Matu dan Daro ini amat sesuai untuk tanaman padi berkenaan dan saya mahu mencuba penanamannya di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Rumah Contoh Model Sapphire di Tapak Skim Pembesaran Kampung (SPK) Kampung Lemang Pek, Kampung Tengah dan Kampung Pantray, Daro, hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah; Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi; Ahli Parlimen Tanjung Manis Datuk Ir Yusuf Abd Wahab; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Dr Safiee Ahmad serta tetamu kehormat yang lain.

Baru-baru ini, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom memaklumkan bahawa Premier Sarawak akan menyempurnakan tuaian sulung padi varieti perennial di Kuala Baram pada 6 Ogos depan. Langkah ini susulan kejayaan percubaan pertama penanaman varieti itu di Sarawak yang menunjukkan perkembangan memberangsangkan.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha