ARTIKEL

RUNTUH… Keadaan tanah runtuh di hadapan sebuah rumah panjang di RH Jati, Sungai Rian, Ulu Oya, Selangau, hari ini.

Tanah runtuh di Selangau, tiada mangsa cedera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGAU: Kejadian runtuhan tanah berlaku di hadapan sebuah rumah panjang di RH Jati, Sungai Rian, Ulu Oya, Selangau hari ini, namun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, runtuhan tanah berlaku di kawasan seluas 0.027 hektar di hadapan bilik nombor 13 rumah panjang berkenaan.

“Ketika kejadian, pemilik rumah panjang berada di luar kawasan, manakala operasi pemantauan dijalankan oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau yang diketuai PBK II Bakit Kilut,” katanya dalam kenyataan.

Tambah laporan itu, setibanya pasukan bomba di lokasi, mereka mendapati kenderaan sukar melalui jalan licin akibat hujan lebat.

Menurut laporan berkenaan, pihak bomba kemudian dibantu pemanggil dengan menggunakan kenderaan Hilux persendirian untuk sampai ke lokasi kejadian.

“Operasi melibatkan empat anggota menggunakan satu jentera Pajero. Pasukan bomba memasang sawar keselamatan di sekitar kawasan runtuhan dan menasihati penghuni rumah panjang agar tidak mendekati lokasi berisiko.

“Pemantauan menunjukkan tiada tanda-tanda runtuhan lanjut berlaku.

“Keseluruhan operasi tamat pada pukul 3.20 petang dengan keadaan kawasan dilaporkan selamat dan terkawal,” kata laporan itu

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU