ARTIKEL

Tanah runtuh Paya Terubong: Doktor 73 tahun maut tertimbus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEORGE TOWN: Mayat seorang lelaki yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di sebuah rumah berkembar dua tingkat di Taman Seri Rambai, Paya Terubong, berjaya dikeluarkan pada 11.20 pagi tadi seperti dilapor Bernama.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, mengesahkan mangsa ialah Wong Kar Lin, 73, seorang doktor di sebuah klinik.

Anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengeluarkan mayat itu dari bawah runtuhan konkrit sebelum menghantarnya ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Dalam kejadian itu, isteri mangsa, Chang Mei Nuo, 68, dan ibu mertuanya, Wong Poh Lim, yang berusia 80-an, berjaya menyelamatkan diri.

Pihak bomba menjangka hujan lebat berterusan semalam menjadikan struktur tanah tidak stabil, namun siasatan lanjut masih berjalan, manakala penghuni enam rumah berhampiran diarahkan berpindah demi keselamatan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU