ARTIKEL

Peserta menjalankan aktiviti penanaman pokok di salah satu plot Hutan Simpan Sabal.

Tanam 5,000 Pokok, 50 Spesies: Usaha Sarawak Memelihara Warisan Hutan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) mencipta sejarah baharu apabila berjaya mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records bagi kategori ‘Penanaman Variasi Spesies Pokok Shorea Terbanyak dalam Satu Acara’.

Menurut kenyataan JHS, program penanaman 5,000 pokok Shorea yang melibatkan 50 spesies berbeza di Hutan Simpan Sabal merupakan pencapaian besar bagi Sarawak dalam usaha pemuliharaan hutan dan biodiversiti.

“Inisiatif ini selaras dengan Kempen Penghijauan Sarawak dan agenda Penghijauan Malaysia di peringkat nasional, dengan Sarawak kekal mendahului negeri lain melalui jumlah penanaman yang kini mencecah 46.3 juta pokok,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Program sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa itu disempurnakan oleh Pengarah Hutan Sarawak, Datuk Hamden Mohammad, dengan lebih 500 peserta termasuk wakil daripada JHS, Sarawak Energy Berhad (SEB), Persatuan Jepun-Malaysia (JMA), serta komuniti setempat.

Tambah kenyataan itu, spesies dalam Genus Shorea merangkumi pelbagai pokok tropika dalam famili Dipterocarpaceae, dan Genus Shorea merupakan genus terbesar dalam keluarga Dipterokarpa.

“Pelbagai spesies Shorea ini amat bernilai dari segi ekologi, budaya, serta ekonomi di Sarawak dan Malaysia secara keseluruhan.

“Penanaman pelbagai spesies Shorea bukan sahaja menyokong kelestarian ekologi, tetapi juga mencerminkan dedikasi JHS dalam memelihara warisan hutan Sarawak serta berperanan sebagai langkah pemuliharaan bagi spesies bernilai ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menetapkan 21 Mac sebagai Hari Hutan Antarabangsa bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan hutan dan pokok.

“Justeru, negara-negara di seluruh dunia digalakkan untuk mengadakan aktiviti berkaitan pemuliharaan, termasuk kempen penanaman pokok,” ujarnya.

Program ini turut dihadiri oleh dua Timbalan Pengarah JHS, Happysupina Sait dan Semilan Ripot.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU