ARTIKEL

Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky

Tang Jie-Ee Wei perlu segera cari titik persamaan – Rexy

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky mengakui beregu campuran utama negara, Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei masih bergelut mencari titik persamaan antara mereka, terutama ketika beraksi di bawah tekanan tinggi.

Menurut beliau, pasangan yang kini menduduki ranking ketiga dunia itu sukar menerima kesilapan masing-masing, sekali gus memberi kesan kepada rentak permainan mereka.

“Mereka bukan tidak mampu bermain dengan baik, tetapi panik apabila seorang daripada mereka melakukan kesilapan.

“Namun, jika mereka dapat mengurangkan kesilapan, prestasi mereka pasti akan lebih baik,” katanya ketika ditemui media selepas sesi latihan pasukan kebangsaan hari ini.

Komen Rexy itu merupakan reaksi terhadap aksi tidak konsisten Tang Jie dan Ee Wei di Terbuka Macau yang berlangsung minggu lalu.

Pada kejohanan tersebut, pasangan ketiga dunia itu terlepas peluang meraih gelaran Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pertama musim ini apabila terkandas di pusingan separuh akhir kepada gandingan Denmark, Mathias Christiansen dan Alexandra Boje.

Mengulas mengenai masalah tersebut, Rexy berkata ia bukan perkara baharu, memandangkan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, juga pernah menghadapi situasi yang sama.

Justeru, beliau berharap Tang Jie dan Ee Wei dapat saling menerima kesilapan dan kelemahan masing-masing bagi membantu meningkatkan prestasi mereka.

“Situasi ini sama seperti yang dialami Pearly dan Thinaah suatu ketika dahulu, tetapi kini kedua-dua mereka sudah mula menerima perkara tersebut dan menunjukkan aksi yang lebih konsisten.

“Dalam gelanggang, tiada siapa yang boleh membantu selain rakan sepasukan sendiri,” katanya.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu