ARTIKEL

Tang Jie-Ee Wei, Soon Huat-Shevon mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Gandingan beregu campuran negara yang baru dinobatkan sebagai juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta pasangan profesional Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menempah tempat ke pusingan kedua Terbuka Perancis 2025 di Cesson-Sevigne, semalam.


Dalam aksi pusingan pertama kejohanan bertaraf Super 750 di Glaz Arena, Tang Jie-Ee Wei mempamerkan semangat juang tinggi apabila menundukkan pasangan Taiwan, Yang Po-Hsuan-Hu Ling Fang dengan keputusan 16-21, 21-16, 21-12.


Pilihan keempat itu bakal berdepan satu lagi gandingan dari Taiwan,Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan, yang sebelum ini menewaskan wakil Sepanyol, Ruben Garcia-Lucia Rodriguez, 21-9, 21-16.


Sementara itu, pasangan pilihan kelapan Soon Huat-Shevon turut melakarkan kemenangan selepas berhempas pulas selama 59 minit untuk menyingkirkan beregu bukan pilihan dari Indonesia, Amri Syahwani-Nita Violina Marwah, 15-21, 21-17, 21-17.

–Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU