ARTIKEL

AHMAD JOHNIE ZAWAWI

Tangani halangan besar pelajar luar bandar terlebih dahulu – Ahmad Johnie

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan dasar pendidikan menengah wajib hanya akan berjaya jika ekosistem pendidikan di luar bandar, khususnya di Sarawak, diperkukuh terlebih dahulu, tegas Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi.

Beliau berkata, ramai pelajar luar bandar berdepan halangan besar untuk menyambung persekolahan selepas tamat sekolah rendah, termasuk kemiskinan, jarak sekolah menengah yang jauh, masalah pengangkutan serta keadaan sekolah dan asrama yang uzur.

“Di Sarawak terdapat lebih 1,250 sekolah luar bandar yang merangkumi kawasan pesisir sungai, pedalaman, pulau dan perkampungan terpencil.

“Ada murid yang terpaksa menaiki bot atau melalui jalan ladang kelapa sawit untuk ke sekolah menengah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Pendidikan Sekolah Menengah di Dewan Rakyat, hari ini.

RUU tersebut memberi kuasa kepada Menteri Pendidikan menetapkan pendidikan menengah sebagai wajib, dan ibu bapa yang melanggar peruntukan ini boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau penjara enam bulan.

Ahmad Johnie berkata, keadaan asrama yang tidak kondusif serta kekurangan kemudahan asas seperti air bersih, bilik belajar dan capaian internet menyebabkan ibu bapa kurang yakin untuk membenarkan anak mereka tinggal di asrama.

Bagi memastikan dasar itu berjaya, cadangan agar bantuan awal persekolahan ditambah, disasarkan kepada pelajar miskin, pemberian biasiswa kecil bulanan kepada pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah, serta pembinaan sekolah menengah baharu di zon luar bandar.

Ahmad Johnie turut menggesa masalah sekolah daif diselesaikan segera dan pusat komuniti pembelajaran diwujudkan di rumah panjang atau dewan kampung bagi menyokong pembelajaran luar waktu sekolah.

Beliau berharap penguatkuasaan pendidikan menengah wajib kelak mampu mencatat kejayaan yang sama seperti pendidikan rendah wajib yang meningkatkan enrolmen sekolah kepada hampir 99 peratus sejak 2003.

BERITA LAIN

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

KUCHING: Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Hadapan mencerminkan pengurusan kewangan berhemat Sarawak dalam menjamin kestabilan fiskal negeri serta kepentingan generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan

BERITA TERBARU

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

KUCHING: Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Hadapan mencerminkan pengurusan kewangan berhemat Sarawak dalam menjamin kestabilan fiskal negeri serta kepentingan generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan