ARTIKEL

Simon (kanan) bersama-sama speaker, tetamu kehormat serta peserta Forum Hak Kanak-Kanak yang diadakan di Kuching hari ini.

Tangani isu kritikal mengenai perlindungan, hak kanak-kanak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Isu-isu kritikal mengenai perlindungan dan hak kanak-kanak di Malaysia yang memfokuskan fokus Sarawak adalah yang diketengahkan dalam Forum Hak Kanak-Kanak yang diadakan hari ini.

Forum itu dianjurkan Lawyer Kamek, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, berpangkalan di Sarawak dengan kerjasama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) sempena ulang tahun SUHAKAM ke-25.

“Sejak kebelakangan ini, laporan membimbangkan mengenai pencabulan hak kanak-kanak telah muncul di seluruh Malaysia, termasuk kes penderaan kanak-kanak yang berleluasa, kecuaian dan kejadian kanak-kanak terdedah kepada bahaya dan kemudaratan kerana ibu bapa atau penjaga tidak bertanggungjawab.

“Paling membimbangkan adalah nasib yang menimpa kanak-kanak terpinggir seperti kanak-kanak tanpa kerakyatan yang berhadapan halangan untuk mengakses hak mereka termasuk pendidikan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan kebajikan sosial.

“Memandangkan kebimbangan yang mendesak ini, Lawyer Kamek dan SUHAKAM berasa terdorong untuk menangani isu ini secara langsung,” kata Pengarah Lawyer Kamek, Simon Siah.

Simon menambah, forum itu juga menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pelanggaran hak kanak-kanak dan memberi inspirasi kepada tindakan dalam masyarakat.

“Forum ini bukan sahaja untuk meningkat kesedaran dalam kalangan pihak berkuasa kerajaan dan undang-undang tetapi juga untuk menggalakkan masyarakat secara amnya memainkan peranan proaktif dalam melindungi kanak-kanak,” katanya.

Justeru melalui kerjasama bersejarah itu, Simon berkata kedua-dua pihak berharap dapat mencetuskan perubahan dalam cara masyarakat memandang dan melindungi kanak-kanak.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan