ARTIKEL

Morshidi ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Sarawak 2025 di sebuah hotel terkemuka di Kuching, hari ini. – Foto Natalie Johnny

Tangani isu perceraian, buli, vape dalam kalangan belia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan sedang merangka perancangan serta inisiatif bagi menangani isu membabitkan belia di Sarawak, antaranya perceraian, buli dan penggunaan vape.

Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Morshidi Fredrick berkata, usaha menangani isu berkenaan harus diperhebat kerana ia semakin membimbangkan dan membelenggu negara.

“Kami melihat isu ini dan berkolaborasi dengan agensi lain dalam menangani apa-apa isu berkaitan belia, contohnya isu vape, perceraian dan sebagainya.

“Apa yang kami perhatikan, kami cuba mencari penyelesaian di peringkat kami, bagaimana untuk menyelesaikan isu-isu ini,” katanya ketika ditemu bual sempena Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Sarawak 2025 di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Sarawak 2025 yang dihadiri wakil agensi berkaitan belia di sebuah hotel terkemuka di Kuching, hari ini. – Foto Natalie Johnny

Justeru, katanya, Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Sarawak 2025 adalah antara platform membincangkan langkah untuk menangani isu belia.

“Sebab itu dalam mesyuarat ini, Jabatan Belia dan Sukan memanggil agensi berkaitan untuk mendengar dan seterusnya memberi pandangan serta perundangan tertentu dalam menangani isu-isu ini.

“Di pihak kementerian, kami turut melihat maklum balas dan pandangan yang akan diketengahkan kepada pihak atasan, bagaimana untuk menangani isu berkenaan,” jelasnya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan