OYA: Tapak Kaul Oya Dibuka Semula Selepas Ancaman Gas Metana
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Dalat, keputusan pembukaan semula itu dibuat selepas mengambil kira laporan penilaian keselamatan serta nasihat teknikal daripada agensi berkaitan.
“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa menjaga keselamatan sepanjang berada di kawasan tersebut.
“Pihak kami akan terus melaksanakan pemantauan secara berkala bagi memastikan keadaan kekal selamat dan terkawal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, kerjasama semua pihak dalam mematuhi arahan yang ditetapkan amat dihargai.
Terdahulu, pada 21 Januari lalu, kehadiran gas metana dikesan di Tapak Kaul Oya sehingga menyebabkan kawasan berkenaan ditutup serta-merta.
Penutupan itu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan orang awam khususnya penduduk di kawasan tersebut sentiasa terjamin.

