ARTIKEL

Foto: Berita Harian

Tarkovic berang, kesilapan punca tewas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

TEMPOH 18 minit terakhir mengundang padah buat Krygyzstan apabila mereka terpaksa akur dengan kebangkitan menakjubkan Malaysia pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Anak buah Stefan Tarkovic mendahului 3-1 sehingga minit ke71, namun tiga jaringan Malaysia, masing masing pada minit ke-72, ke-77 dan ke-90 menyaksikan mereka tumbang 4-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Penjaga gol gantian, Kadyrbekov Kutman yang masuk menggantikan Tokotaev Erzhan tampak menjadi punca apabila dia melepaskan dua gol meskipun Kyrgyzstan sedang mendahului 3-2 sebelum dia dimasukkan pada minit ke-76.

“Kami tidak bermain dengan baik dalam tempoh 25 minit pertama kerana kami tidak begitu menekan lawan. Kami mengubah sikap dan tampil dengan lebih baik sehingga kami dapat menjaringkan tiga gol berturutturut.

“Namun situasi yang mengubah segalanya adalah apabila penyerang kami yang beraksi di Jerman, Victor Maier gagal menyudahkan peluang. Kemudian penjaga gol kami tercedera dan kami membuat penggantian.

“Keputusan berubah daripada 3-1 kepada 3-4,” kata Tarkovic

. Justeru, Tarkovic menggesa anak buahnya untuk bangkit pada aksi kedua di laman sendiri berdepan pendahulu Kumpulan D, Oman yang turut membuka kempen kali ini menerusi kemenangan 3-0 ke atas Taiwan.

“Ada baki lima perlawanan lagi dan kita akan menentang Oman di laman sendiri.

Kita perlu melupakan perlawanan malam ini (kelmarin) dan melakukan analisis mendalam supaya tampil lebih baik.

“Kami beraksi dengan baik tetapi kesilapan individu menghukum kita. Jadi kita akan lakukan yang terbaik untuk berdepan Oman bagi menggembirakan penyokong yang hadir ke stadium,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

TNB buru gelaran treble

KUALA LUMPUR: Setelah menamatkan kemarau 21 tahun untuk merangkul kejuaraan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2024 semalam, Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini dalam misi memburu gelaran

BERITA TERBARU