ARTIKEL

Gambar hiasan - Freepik

Taufan Otis melanda Selatan Mexico

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANDARAYA MEXICO Taufan Otis membadai sebahagian besar kawasan pantai di Guerrero di selatan Mexico dan mencetuskan ribut kategori lima, kata Presiden Andres Manuel Lopez Obrador pada Rabu.

“Sistem rangkaian komunikasi terputus,” katanya pada sidang media di sini, lapor Xinhua. 

Beliau berkata pusat peranginan popular Acapulco dan bandar yang berdekatan mengalami kerosakan teruk akibat hujan lebat dan angin kencang.

“Setakat ini tiada laporan mengenai kemalangan jiwa, namun tanah runtuh dan kerosakan infrastruktur telah menjejaskan lebuh raya menuju ke Acapulco dan jalan-jalan lain di kawasan itu,” katanya.

Sebelum ini, Suruhanjaya Air Negara mengeluarkan amaran taufan Otis akan membawa hujan lebat luar biasa di beberapa kawasan di Guerrero dan Oaxaca. BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU