ARTIKEL

TBS serah sumbangan RM85,000 kepada 85 masjid, surau di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) hari ini menyerahkan sumbangan bernilai RM85,000.00 kepada 85 masjid dan surau di bahagian Bintulu.

Simbolik penyerahan disempurnakan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap ADUN Jepak Datuk Haji Talib Zulpilip.

Hadir sama Timbalan Residen Bahagian Bintulu Hussaini Hakim, Pegawai Daerah Bintulu Muhammad Dino Amid, Pegawai Agama Islam Bahagian Bintulu Ustaz Adzhar Hipni, Ketua Cawangan TBS Pejabat Cawangan Bintulu Zaini Ramli dan Temenggung Haji Rosli Kamaruddin.

Penyerahan sumbangan tersebut bertujuan untuk penganjuran pelbagai aktiviti mengimarahkan masjid dan surau sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Selain sumbangan kepada masjid dan surau, TBS turut mempunyai pelbagai jenis bantuan lain di bawah tiga program utamanya iaitu Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Memantapkan Kebajikan Ummah dan Program Membangunkan Institusi Islam.

Bagi tahun 2018, TBS telah mengagihkan sejumlah RM61.4 juta kepada penerima yang layak bagi ketiga-tiga program terbabit.

Sehingga 30 April tahun ini, TBS telah mengagihkan sejumlah RM20.7 juta menerusi program yang sama.

BERITA LAIN

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)

BERITA TERBARU