ARTIKEL

Pengurus TDE & SMB FC, Abdillah Lee.

TDE & SMB FC cari pemain bentuk pasukan hadapi Karnival Bola Sepak Veteran Terbuka (11 Sebelah) 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kelab handalan yang semakin meningkat naik, TDE & SMB FC kini dalam proses mencari pemain untuk membentuk pasukan bagi menghadapi Karnival Bola Sepak Veteran Terbuka (11 Sebelah) 2025.

Ia dijadual berlangsung dari 18 hingga 20 April 2025 di UNIMAS, Kota Samarahan.

Pengurus pasukan, Abdillah Lee, memberitahu bahawa proses pencarian pemain akan berlangsung pada Ahad ini (23 Februari) di Kompleks Sukan Asajaya.

Menurut Abdillah, sesi pemilihan pemain itu kelak akan dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman luas, Rockeffller Sullau.

“Pasukan TDE & SMB FC akan mengadakan aksi persahabatan menentang pasukan AJV FC pada tarikh tersebut, dan sekali gus mengadakan sesi pemilihan pemain,” ujar Abdillah kepada Arena Suara Sarawak.

Menurutnya, pada aksi persahabatan itu kelak, yang akan bermula jam 4.00 petang, pihaknya akan mencari kelompok pemain berumur dari 40 tahun ke atas.

“Sesi pemilihan pemain hujung minggu ini melibatkan pemain yang dijemput oleh pihak pengurusan pasukan sahaja,” tambah Abdillah lagi.

Beliau memberitahu bahawa sesi pemilhan itu merupakan kali kedua diadakan selepas sesi pemilihan sama dibuat baru-baru ini.

TAMAT

SEO keywords: TDE & SMB FC, Karnival Bola Sepak Veteran Terbuka 2025, pemilihan pemain bola sepak, Kompleks Sukan Asajaya, sesi pemilihan pemain 40 tahun ke atas

#TDE&SMBFCcaripemain

#veteranterbukaasajaya

BERITA LAIN

BERITA TERBARU