ARTIKEL

Teater Dipulau Sadandi dipentas di Jakarta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

»BUAT julung kalinya, Studio Labu Sakti meneruskan jelajah ke luar negara bagi mempersembahkan teater Dipulau Sadandi di Gedung Kesenian, Jakarta Indonesia pada 18 hingga 25 Jun ini. 

Menurut Pengarahnya, Zakaria Manan, ia merupakan salah satu pencapaian baharu dengan membawa naskhah tersohor Malaysia yang ditulis oleh Dinsman – dramatis terkenal Malaysia.

 “Jadi, pasti berlaku pertembungan nilai dalam penerimaan penonton Indonesia, persepsi yang dipersembahkan melalui teater ini nanti.

 “Sebagai sutradara, saya membuat adaptasi yang agak menyeluruh bagi memenuhi cita rasa di sana,” katanya kepada Suara Sarawak. Ujarnya para pelakon masih berlatih walaupun teater ini melalui perjalanan yang agak panjang.

 Jelajah teater Dipulau Sadandi ini bermula di Festival Teater Malaysia (2019), kemudian di Kuala Lumpur International Arts Festival (2019) dan yang mutakhir ialah Tour Kuching-Debak-Sarikei (2023).

“Dari segi peruntukan, pihak kami masih bergantung dengan dana pertubuhan dan bantuan daripada agensi kerajaan seperti Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) dan Majlis Seni Sarawak (MSS).

“Besar harapan kami menjadikan perjalanan jelajah seperti ini sebagai indikasi tumbuh dan perkembangan teater Sarawak khasnya serta membangun kekuatan mental, fizikal dan spiritual penggiat teater tempatan,” jelasnya. 

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan