ARTIKEL

Ja'afar dan Pengarah DBP Cawangan Sarawak Dr Azizul Ismail bersama-sama yang lain seusai Teater Perdana Peta 63.

Teater Perdana Peta 63 ketengahkan sejarah pembentukan Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Teater Perdana Peta 63 mengetengahkan kepentingan generasi baharu untuk memahami sejarah pembentukan Malaysia menerusi pementasan yang menggambarkan situasi era 1960-an.

Pengarah Estetika Ja’afar Hamdan berkata, pementasan itu dapat memberi gambaran kepada generasi baharu berkaitan situasi yang berlaku sebelum gagasan melibatkan Sarawak, Sabah dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Ja’afar (kanan), Pengarah DBP Cawangan Sarawak Dr Azizul Ismail (tengah) dan Pengarah Produksi Abdul Wahab Firdaus Hairaf (kiri) ketika ditemui seusai Teater Perdana Peta 63.
Antara babak Teater Perdana Peta 63.

“Perkara paling penting yang cuba disampaikan ialah usaha mengelakkan perpecahan antara rakyat berbilang kaum dengan membentuk perpaduan dalam konteks yang rasional supaya masyarakat dapat bersatu.

“Pemilihan skrip ini bertujuan membawa masyarakat Sarawak khususnya untuk menilai semula keadaan yang berlaku sebelum pembentukan Malaysia, termasuk kepentingan perpaduan dan mengelakkan pertelingkahan secara mudah kepada penonton,” katanya.

Antara babak Teater Perdana Peta 63.
Antara babak Teater Perdana Peta 63.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Suara Sarawak seusai pementasan Teater Perdana Peta 63 yang berlangsung di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, pada Selasa.

Mengulas lanjut, skrip Peta 63 dipilih untuk ditampilkan sempena Hari Malaysia yang kini memasuki tahun ke-63 pembentukannya.

Antara babak Teater Perdana Peta 63.

Pementasan berkenaan merupakan kerjasama antara DBP dengan Persatuan Penggiat Seni Teater Kuching (Tongkat Paroh).

Sementara itu, Peta 63 mengisahkan pergolakan masyarakat di Sarawak dalam menerima rancangan pembentukan Persekutuan Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman.

Pelbagai watak ditampilkan termasuk blok penyokong diketuai Mohidin, Bujang, Ajibah, Kassim, Lembat dan Ah Yong dengan keyakinan bahawa Tunku berniat baik untuk membantu mempercepat kemerdekaan Sarawak.

Sementara itu, pihak menentang diwakili Abang Rakawi, Sudin dan Kaili.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU