ARTIKEL

Teater warisan Kesultanan Perak bakal gegar Istana Budaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Teater Bangsawan Diraja Beting Beras Basah: Hikayat Mahkota Dewa akan dipentaskan di Istana Budaya dari 30 Oktober hingga 1 November depan bagi mengangkat sejarah dan warisan Kesultanan Perak.

Pementasan itu diteruskan selepas mendapat sambutan menggalakkan di Perak dan Melaka. Sebanyak lima persembahan dijadualkan dengan kira-kira 5,000 tiket akan ditawarkan kepada penonton.

Jualan tiket dijangka dibuka secara dalam talian pada Julai ini termasuk tawaran promosi tempahan awal. Penganjur turut meneliti harga tiket yang berpatutan bagi membolehkan lebih ramai orang menyaksikan pementasan itu.

Menurut Bernama, pementasan kali ini menampilkan jalan cerita yang diperkemas, koreografi baharu serta penggunaan teknologi pemetaan unjuran dan hologram bagi memberi pengalaman lebih menarik kepada penonton.

Pelakon utama, Reza Hasbi akan kembali membawakan watak Raja Muda Safi Shah. Beliau kini giat membuat persiapan termasuk meningkatkan tahap kecergasan bagi memastikan persembahan terbaik.

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU