ARTIKEL

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi TEGAS Datuk Len Talif Salleh. GAMBAR: GHAZALI BUJANG

TEGAS sedia bantu syarikat digital terjejas akibat kenaikan tarif dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Aktiviti Tabung Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) tidak akan terganggu dengan isu kenaikan Tarif yang turut dikenakan ke atas Malaysia sebanyak 24 peratus.

Menurut Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi TEGAS Datuk Len Talif Salleh, TEGAS hanya menumpukan kepada sumber tenaga manusia menerusi latihan dan pendedahan tanpa adanya pemasaran.

“Dari peranan kita, saya boleh katakan kita tidak terjejas tetapi penting untuk kita mengatasi dan membantu mereka yang terlibat menerusi program yang kita laksanakan.

“Jadi TEGAS boleh membantu menjadi jaringan penyelamat kepada start up digital kerana setakat ini program kita masih diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka TEGAS Riang Ria Aidilfitri di Perkampungan Digital TEGAS, hari ini.

Bagaimanapun, Len menjelaskan langkah kehadapan terhadap tarif masih dalam fasa penilaian dan berdasarkan keputusan pemerintah tertinggi.

Mengulas lanjut, pengaruh isu di kawasan luar bandar setakat ini masih dalam kawalan di bawah kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

BERITA LAIN

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi