ARTIKEL

Teguran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Oleh: Jcka Daily

Pagi itu seperti hari-hari yang sudah berlalu, Layla sampai di tempat kerja tepat pukul 7.30 pagi. Sudah menjadi kebiasaan Layla akan singgah di satu bilik yang dinamakan bilik rekod. Usai betulkan tudung putih, Layla mengatur langkah ke arah tempat bertugas.

Disebabkan setiap hari ada saja perubahan jadual, Layla sentiasa persiapkan mental dan fizikal untuk menerima sebarang pertukaran jadual. Sejak berpindah tempat bertugas, Layla dapat merasakan perubahan yang begitu ketara. Pada mulanya, sukar untuk Layla menerima. Layla menganggap perubahan itu adalah satu ‘budaya’ baharu dalam suasana bekerja.

            Sebelum ini, Layla bekerja dalam kelompak yang terlalu kecil dan boleh dikatakan setiap kali bertugas seolah mereka berada dalam dunia sendiri. Masing-masing menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan. Tidak banyak gosip, drama atau sebarang cerita-cerita yang sengaja atau tidak dijadikan jajahan. Bolehkan dikatakan terlalu selesa berada dalam keadaan sedemikian.

            Seperti yang diduga, seawal pukul 7.45 pagi, Layla dimaklumkan oleh ketua unit untuk menggantikan sementara di unit lain kerana staf memaklumkan akan lambat sampai disebabkan hujan turun lebat. Kemudian, Layla menyediakan segala keperluan sebelum memulakan tugasnya. Tidak ramai pelanggan yang mendaftar. Mungkin keadaan cuaca yang tidak mengizinkan mereka yang memerlukan rawatan.

Sebaik saja staf yang sepatutnya bertugas sampai, Layla terus ke unit mengikut jadual yang telah ditetapkan. Melihat keadaan kaunter pendaftaran yang agak huru-hara, Layla diamkan diri seketika. Ramai pelanggan menunggu dan belum ada staf yang bertugas di kaunter hasil.

            “Hadif,” panggil Layla.

            Namun, hanya sekilas pandangan Hadif ke arah Layla.

            “Awak tahu ke awak ditugaskan di mana hari ni?” Layla berharap Hadif tahu dan selalu peka jadual yang dihantar oleh ketua unit setiap hujung minggu. Tugas Hadif sebenarnya tugas Layla. Memberi nombor giliran.

            Hadif menjawab selamba saja.

            “Tak tahu,” itulah jawapan dari Hadif yang membuatkan Layla memaklumkan pada Hadif yang hari ini dia bertugas di kaunter hasil.

            “Saya tak tahu berapa caj yang dikenakan untuk setiap perkhidmatan,” jawapan Hadif tadi sedikit pun tidak mengejutkan Layla. Malahan, Layla memberitahu jika tidak tahu boleh bertanya dengan kawan lain.

            Dalam sekelip mata, Hadif menghilangkan diri. Ketua unit dan kawan-kawan sekerja cuba menghubungi Hadif dan mencari keberadaannya. Namun, di penghujung waktu bekerja barulah mereka mendapat berita tentang Hadif.

            “Saya marahkan Layla.”

            Salahkah Layla menegur? Sedangkan dalam jadual, Hadif ditugaskan di kaunter hasil. Mungkin saja, Hadif kecil hati kerana menegurnya dan menganggap Laila berlagak seperti ketua unit. Teguran pagi tadi cukup menguris perasaan Hadif.

BERITA LAIN

PEJUANG NAFKAH

Dia tidak pernah ambil tahu jika wang di saku sering berbaki cukup-cukup nyawa. Dia tidak pernah peduli kalau ringgit makin mengukuh merujuk ungkapan orang ekonomi.

GELANDANGAN

Melintasi kedai serba ada kulihаt dia berbaring santai menyesak ruang masуk ke pintu kedai pelanggan lalu-lalang memandang sinis menutup hidung. Kita ini miskin atau kaya

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan