KELOPAK POTONGAN BUNGA
Ubah langsir biasa kepada reka bentuk elegan atau menyeronokkan dengan beberapa hiasan ringkas.
Tirai dua warna diubah menjadi elegan dengan bunga kain tiga tona dan pusat manik mutiara.
Jahit hiasan jalinan dengan manik mutiara di bahagian tepi luar langsir.
Kumpulkan langsir dan ikat bunga serta mutiara sebagai hiasan.
HIASAN BENTUK BOLA
Penampilan menarik untuk mana-mana langsir ialah penambahan bentuk bola kecil.
Pemilihan warna bebas iaitu kontra atau sepadan dengan langsir.
Lebih menarik sekiranya ia dilengkapi dengan warna pelengkap seperti biru dan oren, merah dan hijau atau kuning dan ungu.
HIASAN KAIN SATIN IKAT
Hiasan langsir menggunakan fabrik satin emas mencipta hiasan kontras.
Pertimbangkan pilihan langsir seperti kotak atau jalur untuk bilik tidur lelaki dan corak fabrik di bilik tidur utama.
SKRAF TALI BERUMBAI
Dandani langsir biasa dengan selendang berjalur dan dilapik dengan fabrik berwarna cerah.
Ini sesuai untuk ruang makan, bilik tidur atau ruang tamu.
Tambahkan tali besar berpintal untuk meniru fungsi selendang.
IKATAN MANIK
Cara mudah untuk menambah sedikit kecantikan di tirai tingkap adalah dengan manik akrilik.
Gaya ikatan ini menghasilkan permukaan refl ektif yang hebat.
REBEN BERSULAM
Ubah langsir biasa kepada rupa buatan tangan istimewa dengan reben bersulam.
Pilih potongan lebar untuk melengkapkan panjang langsir.
Untuk warna yang menonjol, guna tona warna lebih terang atau gelap sebagai pelengkap langsir.
HIASAN LANGSIR BULUH
Langsir buluh biasa boleh dicat untuk menghasilkan corak geometri, gaya bebas atau sebarang reka bentuk.
Pilih corak yang anda inginkan dan kemudian pilih warna yang anda perlukan untuk melengkapkannya.
Hasilkan langsir ini dengan meletakkannya di permukaan rata dan hujungnya diikat dengan tali.
Tirai jenis ini paling sesuai untuk hiasan tidak formal terutama di dapur, ruang tamu, bilik tidur atau bilik mandi.





