ARTIKEL

Telefon paling nipis, ringan dilancarkan 16 Januari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: HONOR Magic V2, telefon boleh lipat paling nipis dan ringan di dunia bakal dilancarkan pada 16 Januari ini.

Peranti tersebut meningkatkan penanda aras industri ke tahap lebih tinggi dengan melakukan pembaharuan baik dari segi pembentukan, ketahanan bateri, paparan dan pengalaman pengguna secara keseluruhan.

“Peranti ini direka untuk mudah dibawa ke mana-mana dan HONOR memperhalusi struktur telefon, proses pembuatan dan pemilihan material dengan teliti untuk menetapkan standard baharu dalam rekaan telefon pintar.

“HONOR Magic V2 sangat nipis dengan kurang satu sentimeter apabila dilipat dan adalah telefon pintar boleh lipat pertama untuk mencapai rekod ini, sekali gus menjadikannya Pilihan Terbaik Era Baharu dalam telefon pintar,” kata HONOR Malaysia dalam satu kenyataan.

Menjelang pelancaran HONOR Magic V2, anak jutawan Malaysia yang juga usahawan berjaya, Chryseis Tan dan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin antara individu pertama merasa pengalaman menggunakan telefon pintar boleh lipat inovatif ini.

Chryseis mengagumi rekaan bentuk ringan HONOR Magic V2 yang berat hanya 231 gram dan senipis 9.9 milimeter apabila dilipat.

”Ini pertama kali saya melihat telefon pintar boleh lipat yang sangat nipis dan ringan,” katanya.

Sementara, Rizman turut kagum dengan HONOR Magic V2 dan mendapati peranti ini mudah untuk dibawa ke mana-mana. Pengasas jenama Rizman Ruzaini ini berkata telefon boleh lipat tersebut muat dengan sempurna ke dalam poket di bahagian atas jaketnya.

”Saya sangat cerewet dengan saiz telefon, tetapi HONOR Magic V2 muat dengan selesa di dalam poket saya,” katanya.

Selain itu, reka bentuk HONOR Magic V2 yang menggabungkan tablet dan telefon pintar memudahkan Rizman melakukan tugas di mana-mana serta menunjukkan rekaannya pada paparan yang lebih besar. HONOR Magic V2 bakal dilancarkan di Facebook HONOR Malaysia menerusi penstriman langsung pada 8 malam, 16 Januari ini.

BERITA LAIN

Teknologi dan skala perniagaan kunci kenaikan gaji pekerja

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan mampu memperkukuh produktiviti serta keupayaan syarikat untuk mengembalikan hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan gaji. Menteri Ekonomi,

BERITA TERBARU