Telus dan bebas rasuah

DARO: Bagi memastikan nilai intégriti dalam diri setiap kakitangan Majlis Daerah Matu dan Daro (MDMD) terus kukuh, Majlis Ikrar Bebas Rasuah diadakan di Dewan Masyarakat Daro.

Hadir sebagai saksi kepada sumpah ikrar bebas rasuah tersebut ialah Penolong Penguat Kuasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Bahagian Sibu Among Jengga.

Ikrar tersebut juga diketuai Pengerusi MDMD Bujang Rahman Seli diikuti ahli majlis dan warga kerja yang lain.

Ikrar tersebut bertujuan menyatakan komitmen supaya kakitangan bebas rasuah ketika menjalankan tanggungjawab setiap hari penjawat awam.

Nilai integriti dalam menjalankan amanah penguatkuasaan dan pelaksanaan projek bagi setiap Majlis Daerah amat penting kerana dapat memacu kebenaran dan ketelusan kerja.

 

Majlis tersebut turut disertakan dengan ceramah mengenai rasuah oleh pegawai SPRM yang hadir.

Malah ahli majlis serta kakitangan turut menjalani ujian air kencing untuk memastikan kakitangan bebas dadah.

Turut hadir ialah Setiausaha MDMD Ahmad Jerry, Timbalan Setiausah Kaunselor Suib Basnu dan wakil KPD IPD Matu Daro Inspektor Abdul Samat Jaraiee.

Suara Sarawak