ARTIKEL

BECAKAP… Asfia (tengah) bercakap pada sidang media sempena Mesyuarat Pertama bagi Penggal Ketiga DUN Sarawak di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, hari ini - .Foto: RAMIDI SUBARI

Tempat duduk ADUN bekas ahli PSB pindah ke blok kerajaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tempat duduk tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bekas ahli Parti Sarawak Bersatu (PSB) dipindahkan ke blok kerajaan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak susulan keputusan menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP).

Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, perkara tersebut kerana Adun Bawang Assan Datuk Seri Wong Soon Koh; Adun Engkelili Johnical Rayong Ngipa; dan Adun Ba’kelalan Baru Bian dipilih semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 18 Disember 2021.

Katanya, Undang-Undang Anti Lompat Parti diperkenalkan pada 11 November 2022 kemudian dikuatkuasakan oleh Allahyarham mantan Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta diwartakan pada 27 Julai 2023.

“Memandangkan PRN berlangsung pada 2021, dan undang-undang itu berkuat kuasa pada 2023, jadi ia tidak boleh digunakan kepada tiga wakil rakyat tersebut.

“Justeru, dalam kes mereka ini undang-undang itu tidak relevan dan ‘non sequitur’ kerana mereka calon menang dan dipilih pada 2021 sebelum undang-undang itu berkuat kuasa,” katanya.
Tambahnya, ketiga-tiga bekas ahli PSB yang kini menjadi ahli PDP dipindahkan dari blok pembangkang ke blok kerajaan iaitu duduk di sebelah kiri Speaker.

Untuk rekod, PSB menerima surat kelulusan pembubaran daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 19 Mac lalu dan ahlinya menyertai PDP.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU