ARTIKEL

Tenaga kerja JTS ditambah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak meluluskan pengambilan seramai 467 tenaga kerja tambahan untuk Jabatan Tanah dan Survei (JTS).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata ini bagi meningkatkan keupayaan JTS terutama dalam menjalankan kerja penyukatan perimeter tanah hak adat Bumiputera (NCR).

“NCR adalah isu sensitif. Apabila ada masalah, akan ada orang yang akan mengambil kesempatan.

“Oleh itu, apabila pengarah JTS berkata tidak ada tenaga kerja yang mencukupi untuk mengendalikan perkara seperti NCR, kami meluluskan permintaan itu untuk meningkatkan keupayaannya,” katanya semasa melancarkan Hari Inovasi dan Integriti JTS 2019 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Terdahulu, Pengarah Tanah dan Survei Zaidi Mahdi berkata pengambilan tenaga kerja tambahan itu membabitkan pegawai pelbagai kategori bagi menambah kapasiti sedia ada di JTS.

“Dengan pemerkasaan kapasiti ini, jabatan yakin akan dapat menyumbang secara lebih berkesan bagi memastikan aspirasi kerajaan negeri dalam melaksanakan projek-projek pembangunan dan pengiktirafan hak ke atas tanah,” katanya.

Zaidi menyampaikan cenderahati kepada Abang Johari selepas pelancaran Hari Inovasi dan Integriti JTS 2019 di Kuching, hari ini. – Gambar oleh Nadim Bokhari

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU

Ribuan penyokong banjiri Stadium Taha Ariffin

KUCHING: Ribuan penyokong mula membanjiri Stadium Taha Ariffin (STA) seawal jam 5 petang bagi menyaksikan Kuching City FC memburu tiket ke separuh akhir Piala FA

Bintulu tundukkan ATM 1-0

SPL 2026 KUCHING: Juara bertahan, Bintulu membawa bekalan tipis ke aksi suku akhir kedua Liga Premier Sarawak 2026 (SPL 2026) selepas menewaskan ATM 1-0 di