ARTIKEL

Tenaga Kerja Mahir Pemacu Ekonomi Bernilai Tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Tenaga kerja berkemahiran tinggi amat diperlukan, khususnya dalam sektor bernilai tinggi seperti tenaga boleh diperbaharui, aeroangkasa, ekonomi digital dan pembuatan berteknologi tinggi.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, sektor berkenaan bukan sahaja menawarkan peluang pekerjaan lebih baik, malah berpotensi meningkatkan pendapatan serta kualiti hidup rakyat.

Menurutnya, keperluan ini sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri untuk mencapai 30 peratus tenaga kerja berkemahiran, iaitu kira-kira 500,000 pekerja mahir dalam pelbagai sektor strategik.

“Sasaran ini juga selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang menekankan pembangunan modal insan dan bakat tempatan sebagai teras pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan sosial,” katanya.

Len Talif berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Randau Akademi Dalam Industri (ADI) di Dewan Suarah, di sini, hari ini.

ADI merupakan inisiatif strategik berasaskan pendekatan berpandukan keperluan industri, bertujuan memberi pendedahan kepada belia dan pencari kerja berkaitan peluang pembangunan kemahiran, laluan kerjaya serta keperluan sebenar industri.

BERITA LAIN

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan