ARTIKEL

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berkunjung ke Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi baginda.

Tengku Hassanal lawat Pusat Biodiversiti Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemangku Raja Pahang, Pengiran Muda Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berkunjung ke Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi baginda ke negeri ini.

Ketibaan baginda jam 12.30 tengah hari diiringi Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, dan Timbalan Menteri Pengangkutan (Udara dan Jalan Raya), Datuk Dr Susil.

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berkunjung ke Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi baginda.

Semasa lawatan, Tengku Hassanal menerima taklimat dan pendedahan mengenai operasi SBC, termasuk penanaman alga, kemudahan penyelidikan, penawaran produk SBC, selain melawat pameran yang disediakan di ruang legar pusat berkenaan.

Selepas lawatan mesra ke SBC, baginda turut mengabadikan sesi foto bersama kakitangan SBC sebagai tanda kenang-kenangan lawatan beliau.

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berkunjung ke Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi baginda.

Terdahulu, Tengku Hassanal berbesar hati melawat Pusat Hidupan Liar Semenggoh, baginda berpeluang menyaksikan hidupan liar dan tarikan utama pusat itu iaitu orang utan.

Pada sebelah petang, baginda dijadual melawat Fort Margherita untuk menghadiri sesi minum petang bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU