ARTIKEL

Tenis milik semua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KETIKA kaki menjejak gelanggang Persatuan Tenis Bumiputera Sarawak (PTBS) pada pagi hujung minggu lalu, ada sesuatu yang berbeza saya rasakan.

Saya bukanlah pemain tenis, malah raket pun belum pernah saya ayunkan dengan betul.

Namun, ada sesuatu yang lebih kuat memanggil saya hadir serta rasa ingin tahu yang membuak-buak.

Adakah benar tenis itu hanya sukan untuk orang berada, seperti tanggapan yang selama ini berlegar?

Seawal jam 8.00 pagi, suasana gelanggang sudah hidup.

Arahan jurulatih bergema, bola berbalas-balas dengan dentuman halus pada permukaan gelanggang dan wajah-wajah muda kelihatan bersemangat memburu kemahiran asas.

Klinik tenis anjuran PTBS kali ini menghimpunkan lebih 43 peserta, kebanyakannya daripada generasi belia.

Pemandangan itu sahaja cukup menggugat persepsi lama tentang elitisme tenis. Presiden PTBS, Ruslan Bujang, yang saya temui di tepi gelanggang, pantas menolak tanggapan tenis sebagai permainan mewah.

“Keahlian seumur hidup hanya RM150 dan yuran bulanan serendah RM15.

Dengan itu, ahli bebas menggunakan tujuh gelanggang kami dari pagi hingga lewat malam,” jelasnya tenang. Bagi saya, angka itu berbicara lebih lantang daripada seribu hujah, tenis sebenarnya lebih murah daripada banyak sukan yang dianggap biasa.

Di sinilah letaknya keistimewaan PTBS yang bukan sekadar membuka gelanggang, tetapi membuka ruang pemahaman baharu tentang makna tenis untuk masyarakat.

Dahulu, tenis di Sarawak lebih sinonim dengan generasi veteran, malah sejarah mencatatkan negeri ini pernah menjadi powerhouse yang melahirkan pemain kebangsaan.

Kini, usaha itu digerakkan semula dengan klinik sebegini bagi menyemai bakat baharu sebelum sukan itu ditelan populariti bola sepak, badminton atau e-sukan.

Perkara yang menarik perhatian saya ialah kesungguhan jurulatih membimbing setiap peserta.

Ada yang kaku, ada yang tersilap langkah, ada pula bola mereka melayang entah ke mana.

Namun, suasana kekal ceria. Pukulan forehand dan backhand dipraktikkan berulang kali dengan tekad dan ketawa berselang-seli.

Kata salah seorang jurulatih tersebut, untuk menguasai tenis dengan baik, seseorang memerlukan tiga hingga empat tahun latihan yang konsisten.

Kata-kata itu barangkali kedengaran berat, tetapi di situlah nilai tambah tenis.

Ia bukan sukan yang menjanjikan hasil segera, sebaliknya mengajar kesabaran, ketahanan mental dan disiplin.

Inilah paradoks menarik tenis. Ia sering dituduh sebagai simbol status, tetapi realitinya lebih bersifat demokratik daripada yang kita sangkakan.

Kosnya mampu ditampung, malah nilai yang diperoleh melepasi soal ringgit.

Minat, kesungguhan dan kemahuan untuk mencuba sesuatu yang berbeza jauh lebih penting.

Malah, statistik juga menguatkan hujah ini. Menurut Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF), terdapat lebih 87 juta pemain tenis aktif di seluruh dunia, iaitu sekitar 1.17 peratus daripada populasi global. Angka ini membuktikan tenis bukan sukan eksklusif, sebaliknya berkembang pesat merentasi pelbagai lapisan masyarakat dan benua.

Jika dunia boleh mengubah persepsi bahawa tenis hanya untuk golongan elit, mengapa kita di Malaysia masih terikat dengan stigma lama?

Dengan platform yang disediakan oleh PTBS, tenis kembali melepasi pagar persepsi, sekali gus menjadi milik semua.

Saya juga tidak dapat menafi kan ada sesuatu yang istimewa pada suasana komuniti tenis ini. Ia bukan sekadar orang datang bermain kemudian pulang.

Ada semangat kebersamaan, ada misi besar mengangkat semula nama Sarawak sebagai pusat lahirnya bakat tenis negara.

Mendengar kisah lampau itu, saya mula memahami mengapa PTBS begitu tekun memupuk generasi muda, kerana sejarah membuktikan mereka pernah melahirkan juara.

Tenis pernah menjadi kebanggaan negeri ini dan usaha hari ini merupakan kesinambungan cita-cita tersebut. Sehari di gelanggang sudah cukup untuk menukar perspektif saya.

Pertama, mitos tenis sebagai sukan elit ternyata goyah apabila dikupas dengan fakta dan pengalaman.

Kedua, tenis membuktikan dirinya sebagai sukan lengkap, menggabungkan kecergasan fi zikal, kesihatan mental serta nilai disiplin dan strategi.

Ketiga, tenis sebenarnya sedang melalui fasa kebangkitan semula dan kita semua boleh menjadi sebahagian daripadanya.

Tenis bukan lagi hanya milik orang kaya.

Dengan semangat terbuka, infrastruktur yang inklusif serta bimbingan yang berterusan, sukan ini berpotensi besar untuk menjadi wadah pembentukan generasi muda yang lebih sihat, berdisiplin dan berkeyakinan.

Justeru, di gelanggang yang sederhana inilah akan lahir semula seorang juara dari Bumi Kenyalang yang membawa mesej bahawa tenis adalah milik semua, tanpa mengira latar belakang.

Dahulu, tenis di Sarawak lebih sinonim dengan generasi veteran, malah sejarah mencatatkan negeri ini pernah menjadi powerhouse yang melahirkan pemain kebangsaan.

BERITA LAIN

Tellian kekal warisan Melanau

KAMPUNG Tellian, Mukah, bukan sekadar perkampungan yang mempunyai sejarah panjang dalam pembentukan masyarakat Melanau, malah menjadi saksi kepada kehidupan generasi terdahulu yang banyak bergantung pada

ISTIGHFAR kunci ketenangan jiwa

DALAM menjalani kehidupan, setiap manusia pasti berhadapan pelbagai ujian dan masalah. Adakalanya kita diuji dengan kesempitan rezeki, masalah keluarga, tekanan pekerjaan, penyakit, hutang serta keresahan

BERITA TERBARU

HIKMAH perkukuh gerak kerja dakwah

KUCHING: Harakah Islamiah (HIKMAH) akan terus memperkukuh keupayaan organisasi itu dalam melaksanakan gerak kerja dakwah dan pelbagai program pembangunan masyarakat Islam secara lebih sistematik serta