Trending

Tentera Amerika Syarikat sertai LKS 19 di Kuching

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kapal Tentera Amerika Syarikat (USNS Fall River) berlabuh selama 15 hari di Pelabuhan Pending di sini, untuk Latihan Kerjasama Saintifik 2019 (LKS 19) bermula hari ini sehingga 12 April.

Ketibaan kapal ini di Pelabuhan Pending pada jam 9 pagi tadi, disambut oleh Ketua Staf Markas 1 Divisyen Infantri Malaysia Kolonel Nadzri Che Lah, Pengarah LKS 19 Kolonel Dr Mohamed Zaki Mohamed Mokhtar dan Pengarah J7 (Eksesais) Markas Angkatan Bersama Kolonel Zulfakar Abdul Wahid.

Kapal ini turut membawa lebih 100 anggota tentera Amerika Syarikat, peralatan dan barangan keperluan bagi Program Jiwa Murni Kejuruteraan serta barangan perubatan bagi Program Jiwa Murni Perubatan dan Pergigian.

LKS merupakan eksesais multilateral tahunan melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), United States Indo-Pacific Command dan Rakan Negara seperti Australia, Filipina, Jepun, Peru, Thailand dan United Kingdom yang memfokus kepada aktiviti-aktiviti Hubungan Ketenteraan Sivil.

Malah, Malaysia (Sarawak) turut sekali lagi dipilih menjadi lokasi eksesais berkenaan tahun ini, yang berkonsepkan Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana dengan meliputi aktiviti seperti program perubatan dan pergigian, Program Tindakan Sivik Kejuruteraan, Hubungan Komuniti, Latihan Lapangan dan pertukaran kepakaran.

Majlis perasmian eksesais ini dijadual pada 30 Mac dan dijangka disempurnakan oleh Panglima Angkatan Bersama.

Upacara penutupan pula dijadual pada 11 April dengan disempurnakan oleh Duta Amerika Syarikat ke Malaysia.

Dari kiiri:
1. Kolonel
Zulfakar b Abdul Wahid – Pengarah J7 (eksesais) Markas Angkatan Bersama
2. Captain Bredon Zilko
Ketua Staf EX PP19
mewakili Ketua Misi
3. Kolonel Nadzri bin Che Lah
Ketua Staf Markas 1 Divisyen Infantri Malaysia
4. Kolonel Dr Mohamed Zaki b Mohamed Mokhtar
Pengarah Eksesais PP19

 

Kapal USNS Fall River tiba di Pelabuhan Pending pagi tadi

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru

Regu Azam raja libas

REGU Azam dari Bintulu muncul juara Kejohanan Raja Pisak Ragak