ARTIKEL

Tentera bantu padam kebakaran di Kampung Pa’ Umor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BARIO: Seramai 21 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) terdiri dari seorang Pegawai bersama 20 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Batalion Keenam Rejimen Sempadan (6 RS) digerakkan bagi membantu memadam kebakaran di Kampung Pa’ Umor, semalam.

Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan berhubung kejadian kira-kira jam 2 pagi dari Ketua Kampung Pa’ Umor, Pasang Ibuh.

“Batalion Keenam Rejimen Sempadan (6 RS) pasukan yang sedang melaksanakan Operasi Jagakawan di Bario telah diatur gerak ke tempat kejadian yang terletak 10 kilometer dari Pos Bario bagi membantu memadam kebakaran.

“TDM dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Bario dan penduduk setempat telah berjaya memadamkan kebakaran tersebut dan operasi tamat pada jam 5:30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

“Semangat dan kerjasama yang dipamerkan oleh semua pihak demi kesejahteraan rakyat
adalah selaras dengan konsep Whole of Government and Whole of Society dan Teras Keempat Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-30 iaitu “Gagasan Tentera dan Rakyat”.

“TDM akan terus memberikan kerjasama kepada agensi-agensi awam demi
kesejahteraan rakyat di Sarawak dan Sabah. Kerjasama seumpama ini sejajar dengan usaha dalam memperkasakan kerjasama dan hubungan erat TDM dengan agensi awam,” katanya.

KAPSYEN

Pic 1: Seramai 21 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) terdiri dari seorang Pegawai bersama 20 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Batalion Keenam Rejimen Sempadan (6 RS) digerakkan bagi membantu memadam kebakaran di Kampung Pa’ Umor, semalam.

Pic 2: TDM dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Bario dan penduduk setempat telah berjaya memadamkan kebakaran tersebut dan operasi tamat pada jam 5:30 pagi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU