ARTIKEL

Pengerusi DAP Johor Teo Nie Ching menghadiri Program Muzikal “Kalapadam” MINNALfm dan Karnival Kempen Internet Selamat di Kulai

Teo mahu semua parti amalkan politik matang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KULAI: Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching menyeru semua pihak berkempen secara harmoni susulan kejadian vandalisme terhadap bahan kempen Pakatan Harapan (PH) di beberapa kawasan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata kejadian itu membabitkan khemah dan bahan kempen calon PH di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai, selain turut dilaporkan di DUN Mengkibol, Kluang dan beberapa kawasan lain.

Menurut Bernama, Teo berharap semua parti mengekalkan kempen secara aman dan berhemah selaras dengan aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mahu budaya politik matang diamalkan.

Beliau bagaimanapun yakin pengundi Johor akan terus menyokong DAP dan PH berdasarkan rekod perkhidmatan serta prestasi parti di peringkat negeri dan Persekutuan.

PRN Johor menyaksikan 172 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi DUN. Pengundian awal berlangsung pada 7 Julai, manakala hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Budayakan sukan demi Visi 2030

MUKAH: Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah menjadi platform menggalakkan masyarakat menjadikan aktiviti sukan dan rekreasi sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat. Pegawai Belia