ARTIKEL

Tepat pada masanya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tepat pada masanya, ketika ada ibu bapa kehilangan kerja akibat Covid-19, justeru, program bas sekolah percuma pertama menjadi penyelamatnya.

Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman berkata, ia merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak yang diusahakan sejak tahun lalu dan dijayakan oleh Yayasan Sarawak sebagai badan pelaksana.

“Kerajaan sedar dengan beban ibu bapa yang membayar tambang bas sekolah sebelum ini.

“Apatah lagi selepas isu kesihatan global itu, ramai ibu bapa hilang punca pendapatan.

“Saya amat gembira dan berbesar hati apabila Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan program ini pada tahun lalu.

“Kita juga sering menunggu maklum balas daripada Yayasan Sarawak mengenai perkembangan semasa,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak selepas perasmian program berkenaan di sini.

Tambahnya lagi, tahun lalu Yayasan Sarawak memaklumkan program itu sudah di peringkat akhir, namun terpaksa ditangguhkan sementara waktu kerana Covid-19.

“Walaupun ia mula dilaksanakan di beberapa zon, kita yakin ia dapat diperluaskan lagi. Kita sangat berterima kasih kepada Ketua Menteri atas usaha ini.

“Kita ingin memaklumkan kepada semua ibu bapa, program ini dimulakan di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi seperti Miri dan Sibu,” ujarnya.

Menurut Fazzrudin lagi, perkhidmatan berkenaan diperluas untuk kadar segera dengan harapan semua rakyat dapat menikmati inisiatif demi keselesaan generasi muda.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap