ARTIKEL

Junady Nawawi (enam dari kanan) mengadakan kunjungan hormat TERAJU ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, (tujuh dari kanan) di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, hari ini | Foto: UKAS

TERAJU perkukuh kerjasama strategik bangunkan sosioekonomi Bumiputera Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) menzahirkan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan dalam memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera di Sarawak melalui kerjasama strategik dengan kerajaan negeri.

Komitmen tersebut disampaikan susulan kunjungan hormat TERAJU ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hari ini yang turut menjadi platform perkongsian pencapaian serta hala tuju program pembangunan Bumiputera di negeri ini.

Ketua Pegawai Ecsekutif TERAJU, Junady Nawawi berkata, pertemuan tersebut dimanfaatkan untuk membentangkan laporan hasil pelaksanaan program TERAJU Aspirasi Outreach yang diadakan dua minggu lalu.

“Antara acara kemuncak program berkenaan ialah pelancaran program pembiayaan Bumiputera Sabah Sarawak Scale-Up Fund (BSSF) yang menyediakan pembiayaan khusus dan holistik kepada syarikat Bumiputera di Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas kunjungan hormat ke atas Premier di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, hari ini.

Dalam pertemuan sama, TERAJU turut berkongsi pencapaian pembangunan Bumiputera bagi tempoh 2012 hingga 2025 yang mencerminkan kesinambungan usaha bersepadu antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam memperkasa ekosistem keusahawanan Bumiputera.

TERAJU juga menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Kerajaan Sarawak sebagai rakan pelaksana utama, khususnya dalam memastikan agenda pemerkasaan Bumiputera terus diperkasa secara inklusif dan mampan.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU