ARTIKEL

Pasangan beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat (kanan) dan Shevon Lai

Terbuka India 2025: Soon Huat-Shevon mara, Tien Ci-Chiew Sien tersungkur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie memulakan langkah cemerlang pada kempen Terbuka India 2025 apabila berjaya menempah tiket ke pusingan kedua dengan menundukkan pasangan Indonesia Rinov Rivaldy-Lisa Ayu Kusumawati hari ini.

Pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Indira Gandhi Sports Complex, Soon Huat-Shevon tampil bertenaga apabila hanya mengambil masa 36 minit untuk mengatasi ranking ke-21 dunia itu dengan kemenangan straight set, 21-17, 21-17.

Pasangan pilihan keempat kejohanan itu bakal dijadualkan bertemu pasangan Jepun Yuta Watanabe dan Maya Taguchi dalam saingan 16 terbaik esok.

Watanabe dan Taguchi sebelum ini mempamerkan aksi meyakinkan untuk menyingkirkan satu lagi beregu campuran profesional negara Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien menerusi kemenangan 21-17, 21-15 pada pusingan pertama. – BERNAMA

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU