ARTIKEL

Pemain lelaki negara, Leong Jun Hao, tewas kepada pemain Indonesia, Jonatan Christie, 18-21, 11-21, dalam aksi kejohanan Badminton Terbuka Malaysia Petronas 2026 di Stadium Axiata Arena. -BERNAMA

Terbuka Malaysia 2026: Cabaran Perseorangan Lelaki Negara Berakhir Awal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Cabaran pemain perseorangan lelaki negara pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia sekali lagi berakhir awal selepas harapan terakhir Leong Jun Hao tersingkir pada pusingan kedua edisi 2026 di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini hari ini.

Jun Hao yang turun sebagai pemain bukan pilihan tewas 18-21, 11-21 kepada pemain pilihan keempat Indonesia Jonatan Christie dalam pertarungan yang berlangsung selama 55 minit.

Pemain ranking ke-28 dunia itu berkata beliau telah memberikan yang terbaik namun mengakui kualiti permainan lawan yang lebih tinggi menjadi penghalang, dengan kemenangan itu membolehkan pemain Indonesia yang menghuni ranking keempat dunia itu mengikat rekod pertemuan mereka kepada 3-3 pada aksi pembukaan musim.

“Saya kecewa kerana merasakan saya mempunyai peluang untuk menang tetapi gagal melakukannya,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Pemain berusia 26 tahun itu berkata kekalahan berkenaan mengajarnya untuk lebih bersabar ketika menyerang lawan.

Selepas melalui musim 2025 yang hambar, dengan hanya mencatat dua penampilan pada aksi suku akhir daripada 19 kejohanan, Jun Hao berharap dapat menampilkan aksi lebih konsisten tahun ini dan mara lebih jauh dalam setiap kejohanan.

Kekalahan hari ini turut menyaksikan kemarau trofi perseorangan lelaki negara pada Terbuka Malaysia berlarutan kepada enam edisi berturut-turut.

Kali terakhir Malaysia mempunyai wakil ke peringkat suku akhir adalah menerusi Datuk Seri Lee Chong Wei pada 2018, yang turut menyaksikan beliau merangkul gelaran juara.

Pada Selasa lepas, seorang lagi pemain Malaysia Lee Zii Jia tersingkir pada pusingan pembukaan selepas tewas kepada pemain India Ayush Shetty, 12-21, 17-21 dalam masa 39 minit.

Terbuka Malaysia 2026 berlangsung sehingga 11 Jan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU