ARTIKEL

Terbuka Perancis: Pang Ron-Pei Jing Mara, Soon Huat-Shevon tersingkir awal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Beregu campuran profesional negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing melakar kemenangan awal untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis 2026 di Arena Grand Paris semalam. 

Meskipun tewas 14-21 pada set pembukaan, Pang Ron-Pei Jing bangkit untuk menundukkan pasangan China, Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying, 21-15, 21-15, dalam tempoh 46 minit.

Pasangan nombor 31 dunia itu akan berdepan wakil Taiwan, Liu Kuang Heng-Hsu Yin-Hui, yang mengejutkan pilihan kelima dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran, 21-13, 22-24, 22-20.

Berbeza pula nasib pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang tersingkir awal selepas gagal memanfaatkan kemenangan pada set pertama ketika menentang pasangan Jerman, Marvin Seidel-Thuc Phuong Nguyen. 

Gandingan Malaysia itu menang set pertama 21-17 sebelum tewas dua set berikutnya 15-21, 20-22, sekali gus mengakhiri cabaran dalam kejohanan Super 750 itu.

Sementara itu, beregu wanita negara, Ong Xin Yee-Carmen Ting melangkah ke pusingan kedua apabila menewaskan pasangan tuan rumah, Margot Lambert-Camille Pognante, 21-11, 21-12.

Xin Yee-Carmen berpotensi untuk bertemu rakan senegara pada pusingan kedua sekiranya pasangan yang baru dinobatkan sebagai juara Terbuka Denmark, Pearly Tan-M. Thinaah berjaya menewaskan wakil Turkiye, Bengisu Ercetin-Nazlizan Inci, dalam aksi pusingan pertama mereka.

Kejohanan Terbuka Perancis 2026 menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan USD950,000 (RM3.88 juta).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

S’wak terus maju makmur

BELANJAWAN Sarawak 2027 menyaksikan lima matlamat dan sembilan teras, sebagai inti pati yang dirangka untuk memacu negeri ini ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, mampan dan