ARTIKEL

Terbuka Silicon Valley: Rachel, Aifa mara ke pusingan kedua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara Rachel Arnold melangkah ke pusingan kedua kejohanan Terbuka Silicon Valley di Redwood City, Amerika Syarikat selepas menewaskan pemain Ukraine Alina Bushma pada Selasa.

Pada pusingan pusingan pertama berlangsung di SquashZone, pemain ranking ke-22 dunia itu tidak berdepan masalah mengalahkan lawannya yang menduduki kedudukan ke-47 dengan keputusan 11-6, 11-9, 13-15, 11-9.

Bagaimanapun ujian sebenar menanti Rachel pada pusingan kedua, apabila bertemu dengan pemain ranking ke-10 dunia dari Amerika Syarikat Amanda Sobhy, yang sebelum ini pernah menewaskannya dalam tiga pertemuan terdahulu.

Dalam pada itu, seorang lagi pemain wanita negara Aifa Azman mengiringi kemaraan tersebut selepas menewaskan pemain Sepanyol Marta Dominguez 3-11, 11-2, 11-3, 11-9.

Menanti Aifa pada pusingan kedua ialah rakan senegara S.Sivasangari yang mendapat bye pada pusingan pertama. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU