ARTIKEL

Gambar Hiasan

TERIMA KASIH INDONESIA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Saban tahun pada musim ini

kaumenghadiahkan

kaumemberikan

kaumenghidangkan

juadah teristimewa kepada kami

Saban tahun pada hari ini

kautak akan lupa

kaumustahil akan lupa

mustahil akan lupa

untuk mengadakan acara

tahunan kepada rakyat Malaysia

Saban tahun pada saat ini

kami tetap menerima juadah teristimewa

sama ada suka atau sebaliknya

juadah teristimewa tetap diagih-agih sama rata

dari selatan ke utara

dari barat ke timur

seluruh warga Malaysia

dapat merasainya

dapat menikmatinya

dengan cukup selera

sempena bulan Merdeka

– Terima kasih Indonesia

Walaupun dalam sanubari hangus berapi

meskipun dalam hati nurani terbakar jerami

biarpun ada yang pengsan tempais tergoda

mahupun ada yang terus masuk keranda

selepas menikmati dan merasainya

itu hanya permainan olok-olok semata-mata

Namun

adakah kalian masih mendusi

adakah kalian masih dibuai mimpi

dek tanggal 26 DISEMBER 2004

yang bertandang tanpa diundang

yang dicanang patut dikenang

Lantas

Tuhan yang mahamengerti

yang mahamengetahui

akan menghakimi

dan mengadili

segala budi baikmu selama ini

Maka

tak hairanlah

dif-dif tsunami

tetamu gempa bumi

akan mengunjungi kalian lagi

Serian

Ogos 2005

BERITA LAIN

PEJUANG NAFKAH

Dia tidak pernah ambil tahu jika wang di saku sering berbaki cukup-cukup nyawa. Dia tidak pernah peduli kalau ringgit makin mengukuh merujuk ungkapan orang ekonomi.

GELANDANGAN

Melintasi kedai serba ada kulihаt dia berbaring santai menyesak ruang masуk ke pintu kedai pelanggan lalu-lalang memandang sinis menutup hidung. Kita ini miskin atau kaya

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan