ARTIKEL

Terima kasih YB

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

»MINGGU lalu, kita dikejutkan dengan beberapa kejadian menyayat hati terutamanya di bahagian Bintulu dan Miri. Lebih menyedihkan, ia berlaku pada hari pertama sambutan Tahun Baharu Cina.

Tragedi ini memberi kesan mendalam kepada semua rakyat Sarawak yang mengingatkan kita agar sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada dengan keadaan cuaca semasa musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.

Saya percaya sejak kejadian banjir dan tanah runtuh itu berlaku, kita sentiasa berharap untuk bertemu dengan matahari kerana hujan berterusan sepanjang hari.

Keadaan hujan yang berterusan ini berpotensi untuk meningkatkan tahap banjir kepada berbahaya, lebih-lebih lagi apabila ia bertembung dengan air pasang besar. Dengan kemajuan teknologi masa ini, kita dapat melihat keadaan banjir di kawasankawasan lain terutamanya apabila mereka memuat naik situasi terkini di tempat kejadian di media sosial.

Bukan itu sahaja, kemajuan teknologi kini memudahkan orang ramai untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Saya percaya, ramai antara kita yang melihat dan membaca hantaran di Facebook untuk meminta pertolongan.

Pada waktu begini, kita tidak boleh menyalahkan pihak bertanggungjawab seperti Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan lain-lain sekiranya mereka lambat bertindak.

Ini kerana, dengan keadaan yang berlaku sekelip mata dan hampir menenggelamkan seluruh Bintulu, tentunya anggota tidak mencukupi untuk menghulurkan bantuan secepat mungkin kepada mangsa.

Sehubungan itu, akibat banjir di Bintulu, tular di media sosial mengenai seorang wakil rakyat iaitu Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Tiong King Sing menyelamatkan mangsa banjir dalam keadaan hujan.

Beliau sanggup meredah banjir paras dada demi rakyatnya. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu mengorbankan hari pertama sambutan Tahun Baharu Cina hari demi keselamatan rakyatnya.

Tindakan ini membuka mata kita bahawa wakil rakyat sentiasa mengutamakan rakyatnya.

Disebabkan tindakan itu juga, ramai warganet yang membandingkan beliau dengan wakil rakyat yang lain sehingga ada yang memuat naik gambar-gambar tinjauan mereka di kawasan masingmasing.

Secara peribadinya, saya melihat wakil rakyat di kawasan kita sentiasa berusaha memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat terjaga semasa bencana ini.

Memang tidak dinafi kan bahawa tindakan Tiong menyelamatkan mangsa banjir pada hari pertama Tahun Baharu Cina mendapat perhatian ramai termasuk media dari Semenanjung Malaysia.

Namun, kita perlu melihat situasi air di sesebuah kawasan untuk membolehkan seseorang wakil rakyat itu berendam di dalam air paras dada atau sekadar meredah banjir paras lutut semasa bencana ini.

Rakyat tidak boleh beranggapan bahawa wakil rakyat yang tidak berendam bermakna tidak membantu, tidak menyantuni malah tidak peduli akan keadaan rakyat. Saya mengambil contoh beberapa wakil rakyat di kawasan sendiri, iaitu Timbalan Menteri Ekonomi yang juga Ahli Parlimen Mukah Datuk akan lebih teruk.

Selain Hanifah, Ahli Dewan Undangan Negeri Tellian Royston Valentine juga tidak kurang hebat memantau keadaan rakyat di kawasannya. Beliau sendiri turut turun padang untuk menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk yang terjejas.

Bukan itu sahaja, beliau turut melakukan rondaan pada waktu malam ketika beberapa kawasan di Mukah mula dinaiki air, Di samping itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Balingian Abdul Yakub Arbi turut melakukan perkara yang sama dengan membuat tinjauan banjir di beberapa kawasannya.

Walaupun keadaan banjir di Mukah masih terkawal, namun kita perlu melihat usaha mereka untuk menyantuni rakyat semasa bencana ini berlaku. Saya percaya, wakil rakyat di kawasan-kawasan lain turut melakukan perkara yang sama dan sebagai rakyat, kita perlu menghargai usaha tersebut.

Terima kasih Yang Berhormat sekalian dan semoga kita terus tabah serta bekerjasama dalam menghadapi bencana yang melanda Sarawak.

Hanifah Hajar Taib, yang meninjau kawasan kampung untuk melihat sendiri keadaan banjir. Walaupun hujan ketika tinjauan, ia tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan tinjauan.

Tinjauan pertama dilakukan di kawasan Engkerbai kemudian diteruskan ke Kampung Jebungan, Kampung Penakub, Kampung Teh dan Kampung Tabo. Selain beberapa kampung di Mukah, Hanifah turut melakukan tinjauan banjir di beberapa kampung di Dalat seperti Kampung Medong, Kampung Kekan, Kampung Sungai Ud, Kampung Tanam dan Kampung Bakong.

Berdasarkan tinjauan yang bermula sekitar jam 11.30 pagi dan berakhir jam 7.30 petang itu, keadaan banjir di Mukah masih terkawal, namun jika hujan berterusan dan pertembungan air pasang, kemungkinan keadaan banjjir akan lebih teruk. Selain Hanifah, Ahli Dewan Undangan Negeri Tellian Royston Valentine juga tidak kurang hebat memantau keadaan rakyat di kawasannya.

Beliau sendiri turut turun padang untuk menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk yang terjejas.

Bukan itu sahaja, beliau turut melakukan rondaan pada waktu malam ketika beberapa kawasan di Mukah mula dinaiki air, Di samping itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Balingian Abdul Yakub Arbi turut melakukan perkara yang sama dengan membuat tinjauan banjir di beberapa kawasannya.

Walaupun keadaan banjir di Mukah masih terkawal, namun kita perlu melihat usaha mereka untuk menyantuni rakyat semasa bencana ini berlaku.

Saya percaya, wakil rakyat di kawasan-kawasan lain turut melakukan perkara yang sama dan sebagai rakyat, kita perlu menghargai usaha tersebut.

Terima kasih Yang Berhormat sekalian dan semoga kita terus tabah serta bekerjasama dalam menghadapi bencana yang melanda Sarawak. 

BERITA LAIN

Kesedaran kanser payudara tanggungjawab bersama

KESEDARAN tentang kanser payudara bukan sekadar tanggungjawab wanita, sebaliknya perlu menjadi perhatian seluruh masyarakat, termasuk golongan lelaki yang turut berisiko menghidap penyakit itu. Menyedari kepentingan

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira