ARTIKEL

Gambar Hiasan

Terlibat judi dalam talian, lelaki warga Indonesia didenda RM10,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman denda RM10,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana terlibat dalam aktiviti penjualan tiket tambah nilai judi dalam talian menggunakan sebuah telefon pintar, Sabtu lalu (14 Oktober).

Lay Deni, 36, dari Sambas, Indonesia mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Menurut pertuduhan, dia didakwa mengendalikan mesin judi menggunakan sebuah telefon bimbit di pondok di Kampung Tabuan Dani, kira-kira jam 12.05 tengah hari, 14 Oktober lalu.

Oleh sebab itu, tertuduh didakwa  mengikut Seksyen 4B (a) ARJT 1953 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 bagi setiap mesin judi dan penjara tidak melebihi lima tahun jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching telah membuat serbuan di sebuah pondok selepas mengesyaki terdapat aktiviti judi dalam talian menggunakan aplikasi dalam telefon pintar dan menahan seorang lelaki warga asing yang sedang menjual tiket tambah nilai judi atas talian.

Barang-barang kes turut dirampas seperti seunit telefon pintar, dan wang tunai berjumlah RM104.

Hasil siasatan dan laporan pakar judi mengesahkan telefon pintar yang dirampas milik  tertuduh digunakan sebagai mesin judi, seperti yang dinyatakan di bawah tafsiran Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU